Cerita Lawak


Pada suatu persidangan Antarabangsa , tiga pemimpin besar Negara yang mewakili benua duduk berborak , sambil menikmati kopi kapal api buatan Malaysia . Benua Asia diwakili Perdana Menteri Terhebat Malaysia , Najib Razak(bukan nama sebenar) , Benua Afrika ; Presiden Zimbabwe Robert Mugabe , dan Eropah diwakili Perdana Menteri England ; Gordon Brown .

Sedang mereka bertiga ini bersembang , tiba tiba Perdana Menteri Teragung Malaysia , Najib Razak berkata

“Saya ada teka – teki untuk kamu berdua” ……Najib berkata

“apa dia ?” …. Mugabe dan Brown berkata secara serentak

“ Negara mana , yang enjin Jet Pejuang-nya hilang tanpa ada pertempuran ? , kedua ; Negara mana yang stadiumnya runtuh sedangkan tiada gempa bumi berskala besar berlaku di Negara itu , dan ketiga ; negara mana yang mempertuntuk-kan 10Juta untuk Klinik Satu Malaysia , sedangkan Negara itu sendiri berhadapan krisis kekurangan doctor yang kritikal?”

“MALAYSIA!!!!!!!!!” ….. jawab Mugabe dan Brown sambil berteriak .

“ Pandai……..!!” …… kata Najib sambil tersenyum membalas .

“Malaysia boleh!!” … tambahnya dalam hati .

Kejayaan Vs Kemenangan


Kejohanan Badminton All – England adalah antara kejohanan Badminton yang Elit yang dipertandingkan dan tertua di Dunia. Walaupun ianya hanya bertaraf super series , tetapi kejohanan yang dipertandingkan pada asalnya hanya menawarkan tiga ketegori ini mempunyai nilai sentimental dan sejarahnya sendiri .

Seperti biasa , Malaysia tidak pernah terlepas dari mengahantar wakil ke Kejohanan ini . Untuk Edisi yang ke-100 ini , Malaysia menampilkan wakil untuk setiap ketegori . Lee Chong Wei , Wong Mee Chew , Koo-Ken Kiat , Tan Beo Heong , Wong Pay Tey ,Chan Ei Hui adalah antara wakil nama “Malaysia” .

Setelah seminggu kejohanan berlangsung , maka kemuncaknya untuk “Malaysia” adalah pertemuan akhir perseorangan lelaki di antara Lee Chong Wei dan Kenichi Sato dari Jepun pemain ranking ke-20 dunia , dan seperti biasa jugak Lee Chong Wei melakar kemenangan keatas lawan-nya itu yang bukan bernama Lindan dengan keputusan yang hebat jugak untuk pemain nombor satu dunia ini .

Maka , seluruh rakyat Malaysia gembira akan kemenangan ini . Akhbar arus perdana semacam Utusan Meloya , Berita Hairan mula memuji melangit . Terhebat sepanjang zaman , lapornya . Tak terkecuali , Agong pun terlibat sama dalam kaedah memuji ini .

Pada saya , kemenangan Chong Wei bukanlah satu “kejayaan” , sebaliknya hanya “Kemenangan” . Bertemu dengan lawan kurang ternama , kurang pengalaman , malah pencapaian terbaiknya hanyalah bertemu Chong Wei pada kejohanan kali ini bukanlah ukuran “kejayaan” . Sebaliknya , ukuran “kejayaan” boleh didefinasikan jikalau Chong Wei mengalahkan LinDan dengan straight set , dan jurang mata yang jauh .

Tambahan lagi , dibantu dengan bantuan penjaga garisan dan pengadil menampak-kan lagi hanya “kemenangan” berpihak kepada Chong Wei dan bukan “kejayaan” . Bayangkan , apakah pisikologi Chong Wei akan memuncak jikalau pengadil mengatakan bulu tangkis untuk mata akhir itu keluar ? . Tentu sahaja Chong Wei boleh tewas dengan keputusan 22-20 , 24-22 dsb .

Apapun , kemenangan Chong Wei ini , membuktikan reputasi beliau sebagai pemain nombor satu dunia yang belum lengkap . Jikalau akhbar melaporkan , hanya Pingat Emas Olimpik yang masih belum digenggam Chong Wei , sebenarnya mereka silap , Chong Wei masih belum menempah “kejayaan” dalam kejohanan Badminton Dunia , yang saya anggap lebih tinggi nilainya dari emas Olimpik .

Apapun , Tahniah Lee Chong Wei atas kemenangan anda !!
: Sekadar Pandangan :
-bla-


Ingat senang nak jadi kaya??

( Bagaimana nak menentukan bangsa erk???)

Orang berbangsa cina , kalau mahu kaya , muda muda dah merantau ke Taiwan , Hong Kong , Macau untuk cari pendapatan . Kumpul duit kat sana , capai satu juta tak kira dalam usia berapa , pulang balik ke Malaysia labur pada simpanan tetap bank yang mempunyai dividen yang tinggi dan yang pasti bukan ASB (Amanah Saham Bumiputera) atau saham Bank Rakyat . Selepas beberapa tahun kemudian atau simpanan menjadi matang , baru keluarkan sedikit dividen bayar duit buat rumah , bayar kereta BMW atau Hummer .

Lihat berapa jerih mereka mahu menjadi kaya .


Orang Bumiputera khususnya Melayu , malas . Suma nak senang dan kemudian berangan – angan nak jadi kaya . Fikir join ternak lintah boleh jadi kaya , fikir tanam cendawan boleh jadi kaya , fikir labur tanpa usaha sendiri membela lembu boleh jadi kaya , dan paling kelakar join “dengan log-in Facebook anda boleh mendapat RM100!!” pun dah berangan nak jadi kaya .


Betul betul mahu mudah . Jadi tak kisah kalau lama lama nanti cina jadi tuan pada Bumiputera .

Sekadar pandangan sendiri .

-bla-