Cerita Lawak


Pada suatu persidangan Antarabangsa , tiga pemimpin besar Negara yang mewakili benua duduk berborak , sambil menikmati kopi kapal api buatan Malaysia . Benua Asia diwakili Perdana Menteri Terhebat Malaysia , Najib Razak(bukan nama sebenar) , Benua Afrika ; Presiden Zimbabwe Robert Mugabe , dan Eropah diwakili Perdana Menteri England ; Gordon Brown .

Sedang mereka bertiga ini bersembang , tiba tiba Perdana Menteri Teragung Malaysia , Najib Razak berkata

“Saya ada teka – teki untuk kamu berdua” ……Najib berkata

“apa dia ?” …. Mugabe dan Brown berkata secara serentak

“ Negara mana , yang enjin Jet Pejuang-nya hilang tanpa ada pertempuran ? , kedua ; Negara mana yang stadiumnya runtuh sedangkan tiada gempa bumi berskala besar berlaku di Negara itu , dan ketiga ; negara mana yang mempertuntuk-kan 10Juta untuk Klinik Satu Malaysia , sedangkan Negara itu sendiri berhadapan krisis kekurangan doctor yang kritikal?”

“MALAYSIA!!!!!!!!!” ….. jawab Mugabe dan Brown sambil berteriak .

“ Pandai……..!!” …… kata Najib sambil tersenyum membalas .

“Malaysia boleh!!” … tambahnya dalam hati .

Kejayaan Vs Kemenangan


Kejohanan Badminton All – England adalah antara kejohanan Badminton yang Elit yang dipertandingkan dan tertua di Dunia. Walaupun ianya hanya bertaraf super series , tetapi kejohanan yang dipertandingkan pada asalnya hanya menawarkan tiga ketegori ini mempunyai nilai sentimental dan sejarahnya sendiri .

Seperti biasa , Malaysia tidak pernah terlepas dari mengahantar wakil ke Kejohanan ini . Untuk Edisi yang ke-100 ini , Malaysia menampilkan wakil untuk setiap ketegori . Lee Chong Wei , Wong Mee Chew , Koo-Ken Kiat , Tan Beo Heong , Wong Pay Tey ,Chan Ei Hui adalah antara wakil nama “Malaysia” .

Setelah seminggu kejohanan berlangsung , maka kemuncaknya untuk “Malaysia” adalah pertemuan akhir perseorangan lelaki di antara Lee Chong Wei dan Kenichi Sato dari Jepun pemain ranking ke-20 dunia , dan seperti biasa jugak Lee Chong Wei melakar kemenangan keatas lawan-nya itu yang bukan bernama Lindan dengan keputusan yang hebat jugak untuk pemain nombor satu dunia ini .

Maka , seluruh rakyat Malaysia gembira akan kemenangan ini . Akhbar arus perdana semacam Utusan Meloya , Berita Hairan mula memuji melangit . Terhebat sepanjang zaman , lapornya . Tak terkecuali , Agong pun terlibat sama dalam kaedah memuji ini .

Pada saya , kemenangan Chong Wei bukanlah satu “kejayaan” , sebaliknya hanya “Kemenangan” . Bertemu dengan lawan kurang ternama , kurang pengalaman , malah pencapaian terbaiknya hanyalah bertemu Chong Wei pada kejohanan kali ini bukanlah ukuran “kejayaan” . Sebaliknya , ukuran “kejayaan” boleh didefinasikan jikalau Chong Wei mengalahkan LinDan dengan straight set , dan jurang mata yang jauh .

Tambahan lagi , dibantu dengan bantuan penjaga garisan dan pengadil menampak-kan lagi hanya “kemenangan” berpihak kepada Chong Wei dan bukan “kejayaan” . Bayangkan , apakah pisikologi Chong Wei akan memuncak jikalau pengadil mengatakan bulu tangkis untuk mata akhir itu keluar ? . Tentu sahaja Chong Wei boleh tewas dengan keputusan 22-20 , 24-22 dsb .

Apapun , kemenangan Chong Wei ini , membuktikan reputasi beliau sebagai pemain nombor satu dunia yang belum lengkap . Jikalau akhbar melaporkan , hanya Pingat Emas Olimpik yang masih belum digenggam Chong Wei , sebenarnya mereka silap , Chong Wei masih belum menempah “kejayaan” dalam kejohanan Badminton Dunia , yang saya anggap lebih tinggi nilainya dari emas Olimpik .

Apapun , Tahniah Lee Chong Wei atas kemenangan anda !!
: Sekadar Pandangan :
-bla-


Ingat senang nak jadi kaya??

( Bagaimana nak menentukan bangsa erk???)

Orang berbangsa cina , kalau mahu kaya , muda muda dah merantau ke Taiwan , Hong Kong , Macau untuk cari pendapatan . Kumpul duit kat sana , capai satu juta tak kira dalam usia berapa , pulang balik ke Malaysia labur pada simpanan tetap bank yang mempunyai dividen yang tinggi dan yang pasti bukan ASB (Amanah Saham Bumiputera) atau saham Bank Rakyat . Selepas beberapa tahun kemudian atau simpanan menjadi matang , baru keluarkan sedikit dividen bayar duit buat rumah , bayar kereta BMW atau Hummer .

Lihat berapa jerih mereka mahu menjadi kaya .


Orang Bumiputera khususnya Melayu , malas . Suma nak senang dan kemudian berangan – angan nak jadi kaya . Fikir join ternak lintah boleh jadi kaya , fikir tanam cendawan boleh jadi kaya , fikir labur tanpa usaha sendiri membela lembu boleh jadi kaya , dan paling kelakar join “dengan log-in Facebook anda boleh mendapat RM100!!” pun dah berangan nak jadi kaya .


Betul betul mahu mudah . Jadi tak kisah kalau lama lama nanti cina jadi tuan pada Bumiputera .

Sekadar pandangan sendiri .

-bla-

Pandangan tentang Universiti Politeknik


(Versi Pendidikan)

Dengan bakal tertubuhnya Universiti Politeknik kelak , maka “tumbuhlah” sebuah lagi Universiti khusus untuk kaum Bumiputera selepas Universiti Teknologi Mara (UiTM), makanya selepas ini kaum Bumiputera bolehlah berbangga menjadi antara kaum terpandai di dunia sebab dalam sejarah dunia belum ada Universiti yang dibina hanya ada pengkhususan kemasukan pelajarnya berdasarkan etnik/kaum .

Maka untuk maju , anjakan paradigma itu perlu .

Sekadar pandangan .

-Bla-

Ulangtahun kelahiran dan kewafatan baginda

Dua belas rabiulawal satu empat tiga satu hijrah . Hari lahir baginda Rasullullah s.a.w dan tak lupa juga hari kewafatan baginda . Untuk rakyat Malaysia , cara sambutan dengan berarak keliling kampong/Bandar/stadium , buat banner tulis “nabi adalah junjungan kita” bla.bla.bla dan tak lupa selawat sambil tengok kertas .

Apabila agama menjadi budaya maka lama lama ia akan terhakis dek minda kemodenan . Untuk 20 tahun akan datang , saya percaya akan tiada lagi sambutan sebegini .

-bla-

satu


Selamat datang , selamat datang . Untuk pertama , tiada kata , tiada cerita , yang ada hanya gambar . Terima kasih kerana mendatang !!