Kejayaan Vs Kemenangan


Kejohanan Badminton All – England adalah antara kejohanan Badminton yang Elit yang dipertandingkan dan tertua di Dunia. Walaupun ianya hanya bertaraf super series , tetapi kejohanan yang dipertandingkan pada asalnya hanya menawarkan tiga ketegori ini mempunyai nilai sentimental dan sejarahnya sendiri .

Seperti biasa , Malaysia tidak pernah terlepas dari mengahantar wakil ke Kejohanan ini . Untuk Edisi yang ke-100 ini , Malaysia menampilkan wakil untuk setiap ketegori . Lee Chong Wei , Wong Mee Chew , Koo-Ken Kiat , Tan Beo Heong , Wong Pay Tey ,Chan Ei Hui adalah antara wakil nama “Malaysia” .

Setelah seminggu kejohanan berlangsung , maka kemuncaknya untuk “Malaysia” adalah pertemuan akhir perseorangan lelaki di antara Lee Chong Wei dan Kenichi Sato dari Jepun pemain ranking ke-20 dunia , dan seperti biasa jugak Lee Chong Wei melakar kemenangan keatas lawan-nya itu yang bukan bernama Lindan dengan keputusan yang hebat jugak untuk pemain nombor satu dunia ini .

Maka , seluruh rakyat Malaysia gembira akan kemenangan ini . Akhbar arus perdana semacam Utusan Meloya , Berita Hairan mula memuji melangit . Terhebat sepanjang zaman , lapornya . Tak terkecuali , Agong pun terlibat sama dalam kaedah memuji ini .

Pada saya , kemenangan Chong Wei bukanlah satu “kejayaan” , sebaliknya hanya “Kemenangan” . Bertemu dengan lawan kurang ternama , kurang pengalaman , malah pencapaian terbaiknya hanyalah bertemu Chong Wei pada kejohanan kali ini bukanlah ukuran “kejayaan” . Sebaliknya , ukuran “kejayaan” boleh didefinasikan jikalau Chong Wei mengalahkan LinDan dengan straight set , dan jurang mata yang jauh .

Tambahan lagi , dibantu dengan bantuan penjaga garisan dan pengadil menampak-kan lagi hanya “kemenangan” berpihak kepada Chong Wei dan bukan “kejayaan” . Bayangkan , apakah pisikologi Chong Wei akan memuncak jikalau pengadil mengatakan bulu tangkis untuk mata akhir itu keluar ? . Tentu sahaja Chong Wei boleh tewas dengan keputusan 22-20 , 24-22 dsb .

Apapun , kemenangan Chong Wei ini , membuktikan reputasi beliau sebagai pemain nombor satu dunia yang belum lengkap . Jikalau akhbar melaporkan , hanya Pingat Emas Olimpik yang masih belum digenggam Chong Wei , sebenarnya mereka silap , Chong Wei masih belum menempah “kejayaan” dalam kejohanan Badminton Dunia , yang saya anggap lebih tinggi nilainya dari emas Olimpik .

Apapun , Tahniah Lee Chong Wei atas kemenangan anda !!
: Sekadar Pandangan :
-bla-


No comments: